Dasar Privasi

Dasar Privasi :

TakafulMesra.com komited untuk melindungi privasi anda. Dasar ini menerangkan bagaimana kami mengumpul, menggunakan, dan melindungi maklumat peribadi anda apabila anda mengakses laman ini atau berinteraksi dengan perkhidmatan kami.

1. Siapa Kami

Laman ini dimiliki oleh Wan Ahmad Amri, penasihat takaful bertauliah di bawah Bank Negara Malaysia dan Persatuan Takaful Malaysia (MTA), beroperasi di bawah agensi MB GROUP LEGACY, serta mewakili Zurich Takaful Malaysia Berhad.

Laman ini bukan laman rasmi Zurich Takaful, sebaliknya digunakan untuk tujuan promosi, nasihat dan urusan komunikasi pelanggan.


2. Maklumat Yang Kami Kumpul

Kami mungkin mengumpul maklumat peribadi berikut melalui borang, perbualan atau komunikasi anda:

  • Nama penuh
  • Nombor telefon
  • Alamat e-mel
  • Tarikh Lahir
  • Maklumat pekerjaan & pendapatan
  • Keperluan perlindungan takaful
  • Maklumat waris / tanggungan
  • Butiran yang berkaitan dengan permohonan quotation, pendaftaran atau kerjaya

3. Tujuan Pengumpulan

Maklumat yang dikumpul digunakan untuk tujuan berikut:

  • Menyediakan sebut harga (quotation) pelan takaful
  • Memberi khidmat nasihat perlindungan kewangan patuh Syariah
  • Memproses permohonan takaful
  • Menawarkan peluang kerjaya sebagai ejen Zurich Takaful
  • Menyampaikan promosi, pengumuman, atau info berkaitan takaful

4. Kebenaran Komunikasi

Dengan mengisi borang atau memberikan maklumat anda, anda bersetuju untuk dihubungi melalui e-mel, telefon, WhatsApp atau saluran komunikasi lain bagi tujuan:

  • Penyampaian informasi dan dokumen
  • Penerangan pelan dan semakan keperluan
  • Tawaran produk atau promosi terkini takaful

Jika anda ingin menarik balik kebenaran ini, sila hubungi kami melalui info@takafulmesra.com.


5. Keselamatan Maklumat

Kami mengambil langkah sewajarnya untuk memastikan maklumat anda selamat, termasuk:

  • Akses terhad kepada sistem maklumat pelanggan
  • Penggunaan saluran komunikasi yang dikawal
  • Tidak berkongsi maklumat anda dengan pihak ketiga tanpa kebenaran

6. Perkongsian Dengan Pihak Ketiga

Maklumat anda hanya akan dikongsi dengan pihak berkaitan seperti:

  • Zurich Takaful Malaysia Berhad (bagi permohonan sijil)

Kami tidak akan menjual atau menyewakan data anda kepada mana-mana pihak ketiga.


7. Akses & Pembetulan Maklumat

Anda berhak untuk:

  • Memohon salinan maklumat peribadi anda yang kami simpan
  • Membetulkan maklumat tidak tepat
  • Menarik balik kebenaran atau permintaan padam data

Sila hubungi kami untuk sebarang permintaan rasmi berkaitan data peribadi.


8. Perubahan Dasar

Kami berhak untuk mengubah dasar privasi ini pada bila-bila masa. Sebarang perubahan akan dikemaskini di laman ini dan berkuat kuasa serta-merta selepas diterbitkan.

Mulakan Perlindungan Takaful Anda

Musibah tak beri amaran, tapi anda boleh bersedia dari sekarang.